Tuesday, July 26, 2011
Resepi Kek Lapis Seri Balas
Kek Lapis Seri Balas
Bahan2
350gm Butter ANCHOR
4 tbsp susu pekat manis F&N
170gm sri kaya Yeo’s
4 biji putih telur (Gred A)
10 biji kuning telur (Gred A)
1 tbsp ovellete
200gm gula castor
200gm tepung Hong Kong
1 tsp pewarna biru
1 tsp pewarna pink
1 tsp pewarna hijau
1 tsp pewarna kuning
200gm jem buah-buahan campuran
2 tbsp susu pekat manis F&N
Cara2
1. Pukul telur, ovellete and gula caster hingga kembang.
2. Dalam bekas lain, pukul mentega dan susu hingga sebati dan masukkan sri kaya, kacau rata.
3. Satukan telur ke dalam adunan mentega, pukul sebati.
4. Masukkan tepung, putar selama 2 minit.
5. Bahagi adunan kepada 4 bahagian (340gm warnakan kuning; 340gm warnakan pink; 340gm warnakan biru; 340gm warnakan hijau)
6. Sapu keliling 9x9 loyang dengan butter dan alas dengan parcement paper.
7. Masukkan setengah dari adunan warna kuning (170gm) ke dalam loyang, ratakan dan bakar dalam oven 170C menggunakan api atas sehingga kekuningan. Keluarkan.
8. Masukkan setengah dari adunan warna pink (170gm) ke dalam loyang, ratakan dan bakar sehingga kekuningan. Keluarkan.
9. Masukkan setengah dari adunan warna biru (170gm) ke dalam loyang, ratakan dan bakar sehingga kekuningan. Keluarkan.
10. Masukkan setengah dari adunan warna hijau (170gm) ke dalam loyang, ratakan dan bakar sehingga kekuningan. Keluarkan.
11. Masukkan adunan warna kuning, bakar hingga masak, keluarkan dan lakukan melapis sehingga habis.
12 Potong ikut tinggi kek dan potong segi tiga (1 ½ inci).
13. Campurkan jem dan susu, gaul sebati, gunakan sebagai pelekat kek.
14. Bancuh satu lagi adunan untuk atas dan bawah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment