Friday, July 1, 2011

Resepi Kek Lapis Batik Kenyalang




Kek Lapis Batik Kenyalang

Bahan2
500gm Butter ANCHOR
180gm gula caster
1 tbsp ovellete
340gm susu pekat manis F&N
150gm Horlick
200gm Jem buah-buahan campuran B&W
300gm tepung Hong Kong
10 biji telur (Gred A)
1 tsp pewarna kuning
1 tsp pewarna merah
1 tsp pewarna hijau

Cara2
Pukul telur hingga kembang.


Dalam bekas lain, pukul mentega, ovellet dan gula hingga putih.

3. Satukan telur ke dalam adunan mentega, pukul sebati.

4. Masukkan jem, horlick dan susu pekat, gaul sebati.


5. Masukkan tepung, putar selama 2 minit.

6. Bahagi adunan kepada 3 bahagian (2 cawan warnakan kuning; 4 ½ cawan warnakan hijau; 4 ½ cawan warnakan merah)

7. Sapu keliling 9x9 loyang dengan butter dan alas dengan parcement paper.

8. Masukkan 1 cawan adunan warna kuning ke dalam loyang, ratakan dan bakar dalam oven 170C menggunakan api atas sehingga kekuningan. Keluarkan.


9. Masukkan adunan merah dan hijau ke dalam botol sos atau piping bag yang berasingan. Paipkan secara menyerong, berselang seli. Bakar sehingga masak.

10. Paipkan lapisan seterusnya secara menyerong juga tapi bertentangan. Lakukan sehingga habis.

11. Tuang adunan berwarna kuning, ratakan, bakar menggunakan api atas dan bawah sehingga masak.

1 cawan = 224gm


No comments: