Thursday, July 7, 2011
Puding Koko dan Jagung
Memang sedap!!!!!!!! dah bertahun2 tak buat puding nih, hanya semalam seorang kawan yang bekerja di bahagian pemasan Anchor product datang ke rumah memberi aku sekotak Extra Whip Whipping Cream dengan harapan aku boleh mencuba untuk resipi2 aku yang lain.
Pagi nih aku ada masa terluang sikit lalu aku mencuba, biasa aku guna susu cair je, cuba pulak Anchor product nih .... perggg marvelous betul rasanya, lemak berkrim memang kena dengan selera aku.
Nak crite pasal puding nih pulak. Masa aku reka resepi nih dulu, memang takde nama, bila orang tanya, ape nama puding nih? aku jawab mudah je "koko dan jagung", ialah sebab dalam tuh memang ada koko dan jagungkan???
Datanglah ke rumah ku seorang kawan dari Kuantan telah mencuba puding nih kemudian meminta aku resepi nih, aku bagi je .... Di Kuantan, dia buat pulak puding nih dan bagi kawan2 dia rasa, dah rasa??? mintak resepi pulak .... hehehe .... bila kawan2 dia tanya, ape nama puding nih??? kawan aku tu jawab "puding kak shida" wowwww pemes nama aku kat sana ... wakaka... so pada orang2 Kuantan yang dah try "puding kat shida" tolong betulkan nama puding tu eaa ... namakan "Puding Koko dan Jagung" je laaaaa .... tak payah sebut nama akakk .... huhuhu
Bahan2
25gm serbuk agar-agar
4 cawan air
2 1/2 cawan gula
300ml Extra Whip UHT Whipping cream ) Masukkan ke dalam mangkuk dan pukul sedikit
4 telur (Gred A) ) sehingga tepung kastard larut
1 sudu besar tepung kastard )
1 sudu besar unsalted butter Anchor ) digaul bersama
1 1/2 sudu besar koko
1 tin jagung berkrim - dikisar halus
1 sudu kecil esen vanila
Cara2
Masukkan serbuk agar2, gula dan air ke dalam periuk, masak hingga mendidih.
Kemudian masukkan whipping cream, telur, butter dan tepung kastard yang telah di pukul sedikit kacau sebati sehingga mendidih.
Padamkan api. Bahagi kepada 2 bahagian;
1 bahagian campurkan dengan koko
1 bahagian campurkan jagung dan esen vanila
Tuang adunan berselang seli. Biarkan ia beku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
wah sedap shere resepi ya..nmpak menyelerakan..
silakan ... kalu guna susu cair, pakai 1 tin ..
Post a Comment