Thursday, December 24, 2009

Wedding Fondant Cake & Ben 10

Salam pada semua pembaca dan dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Natal pada mereka yang berugama kristian yg akan menyambut Hari Krismas esok.

Pada post ini, saya pamerkan gambar2 kek fondant dan figurine yang dibuat oleh student saya Cik Ain. Dia menyiapkan kek ni dari malam tadi hingga pukul 1.30 pagi tadi.

Tak banyak yg saya bantu dia, hanya memerhatikan saja. Pada saya Cik Ain sudah boleh berdikari tanpa bantuan saya lagi. Hasil kerja beliau sangat2 bagus, macam dah pro pulak.

Katanya kek ni akan dibawa balik ke kampung beliau di Palong 8 untuk dihadiahkan kepada saudaranya. Pasti orang kampung suka.......

Yang Ben 10 tu pulak untuk bezday anak saudara dia.

















Friday, December 18, 2009

Fondant Handbag Cake

Tempahan kek fondant ini dari Puan Sharifah, RISDA MELAKA. Kek ini untuk hantaran perkahwinan anak perempuan beliau. Yang bentuk handbag ini untuk pihak lelaki kepada perempuan, sementara yang berwarna biru pula dari pihak perempuan kepada lelaki.















Monday, December 14, 2009

Fondant Cake & Cupcakes Deco Class 13/12/2009

Kelas Deco kek cawan semalam dihadiri oleh Pn Azwaliza dari Cheng, Melaka. Berasal dari Terengganu. Pn Liza ni seorang yang peramah, cepat mesra, tekun dan teliti. Sepanjang kelas ni berjalan, bermacam2 perkara lucu berlaku, dah la sy ni cepat melatah, cik ain pun sama di tambah pula Pn Liza jugak melatah....... habis gamat laa suasana.

Dapat jugak la sy blajar dua tiga ayat2 spontan orang ganu ni.......... hehe

Macam biasa2, sy akan beri Cik Ain peluang menunjukkan bakat dan memberi dia peluang mengajar membuat figurines. Selesai je tugas beliau, sy beri dia assignment menyiapkan sebiji kek fondant untuk bezday anak saudara saya, Hjh Siti Shakilyn Hj Shahar yang menyambut bezday ke 24 semalam.

Ni la hasilnye..... bezday girl sangat2 menyukai kek ni. Patung ala2 hjh shakilyn berpakaian uniform "Shell" bersama baby Iqbal, kereta kecil warna merah, dan stokin2 (Hjh Shakilyn ni suka mengumpul stokin).





Ni la hasil tangan Pn Azwaliza nak bawak balik tunjuk pada en abang dan anak2 beliau.







Pn Azwaliza sedang menggelek fondant.


Sunday, December 13, 2009

Ain Sweet Cakes

Saya sangat2 teruja bila melihatkan hasil deco Cik Ain, one of my student, macam dah lama berkecimpung dalam bidang ni, walhal masih terlalu baru, tapi dek semangat dia yang kuat nak belajar dan menimba ilmu dalam bidang ni, hampir setiap malam datang ke rumah saya nak belajar. Tapi tak sia2 usaha dia tuh........ Hasilnye sangat memuaskan hati pelanggan2 dia.

Saya berharap sangat dia berjaya dalam bidang yang sangat2 digemarinya ni, sy memberi sokongan yang kuat untuk dia berjaya, nak tau berapa umur dia? baru 20 tahun jeeeeee.....



Tempahan dari Nurul, Klang
Comment yang saya terima dari nurul thru my mobile : Slm k.shda..thnx cc 2, cntk kak.:-)



Tempahan dari Siti


Tempahan dari Nur Hidayah, Taman Merdeka (Cik kak ni pun student sy, tp malas nak buat main short-cut, tempah je, so sy pass je kat Cik Ain)










Monday, December 7, 2009

Fondant Class

Bulan december ni ramai orang kenduri kahwin, ramai yang pilih bulan december, maklumlah cuti panjang. Kepada semua pengantin baru, akak ucapkan tahniah, semoga bahagia hingga akhir hayat, aminnnn.....

Cik Ain, seorang dari student akak yang paling setia, yang paling akak sayang dan sentiasa ingin memajukan diri dan memahirkan diri dalam fondant dan figurine ni ambil kesempatan selepas habis cupcakes deco ni membuat deco fondant dan figurines perkahwinan.

Tadaaaaaaaaaa nilah hasilnye........ solute dia lah......... she's the best amongst all my students........ Habis class deco pukul 7pm, tapi kerana mu Ain, sanggup mama (panggilan nama akak) berjaga sampai siap kul 12am (tengah malam).





dayah mamaeisya said...
cantiknye ain wat figurines pengantin..nnt dayah nk tempah leh x?..dayah nak try wat c/cakes utk wedding cousin nnt..

Cupcakes Class on 6 December 2009

Kelas Deko Cupcakes semalam disertai oleh Puan Nur Hidayah (Air Molek), Puan Nur Hidayah (Pokok Mangga) and Puan Jeya (Serkam, Jasin).

Seperti biasalah, akak beri peluang pada Cik Ain jadi tenaga pengajar, saje bagi dia peluang tunjuk bakat, bagi perangsang dan semangat pada dia, harap2 dia berjaya dalam bidang yang dia sangat minat ni.

Kelas ni bermula pada pukul 10am dan tamat kul 7pm (macam biasalah), dah bagi tau awal2, nak datang kelas ni, jgn buat appointment lain, coz jgn haraplah nak balik cepat..... hehe

Ni Cik Ain yang deco........

Dari kiri, Cikgu Nur Hidayah, Pn Nur Hidayah, Cik Ain dan Puan Jeya...





























Saturday, December 5, 2009

Wedding Cake

Kek wedding 5-tiers ni nampak tinggi sangat, atas permintaan abang pengantin, ustaz mahukan tiang yang tinggi-tinggi. Setiap tingkat, kek berbeza perasa, span strawberi, keladi, oren, butter marble, moist chocolate and blueberi. Tahniah dan Selamat Pengantin Baru pada Zue. Seronok berada di rumah pengantin ni, keluarga zue sgt2 menerima tetamu, terasa layanan mereka seperti akak sebahagian dari keluarga tu.... mungkin orang utara ni memang peramah gitu..






Tahniah pada Faizal jugak. Nak mintak bebanyak maaf pada Faizal ni, coz overlook permintaannya mahukan bunga tu warna biru. Kalu nak buat pun dah tak sempat...... sib baik dia terima..... pe2 pun akak ucapakan Selamat Pengantin Baru pada Faizal dan pasangannya.