Wednesday, June 15, 2011

Ini bukan Steam Buttercream



Nak cerita pasal steam buttercream pulak. Sebelum aku attend kelas Chef Ina few weeks ago, aku pernah experimen buat buttercream ni based from reading di bakingproject.com seingat aku tahun lepas.

Semasa di kelas Chef Ina, teknik yang diajar sama je melalui pembacaan aku di website bakingproject tu.

Menggunakan plastic bowl dan double boiler untuk process mencairkan buttercream.

Hari ini aku experimen sendiri tanpa menggunakan plastic bowl and double boiler. Hasilnya lebih kurang sama je. Nak tau ke? cara saya buat?

Saya gunakan periuk aluminium steel dan titiskan beberapa air di dalamnya lalu letakkan di atas api yang paling kecil, saya sediakan satu mangkuk air paip di sebelah. Apa bila periuk panas, titisan air yang di dalam periuk itu akan kering dan saya segera angkat dan celurkan belakang periuk itu dengan pantas ke dalam bekas yang berisi air paip tadi dan angkat, dengan segera saya masukkan buttercream yang telah saya sediakan 2 hari lalu (lebihan buttercream mendeco cake yang disimpan di dalam peti sejuk), dengan pantas saya kacau buttercream tu menggunakan pemukul telur (lebih kurang 2 minit).

Terus tuangkan di atas kek itu dan menggunakan teknik seterusnya yang sama untuk meratakan adunan buttercream itu ... teknik saya ni lebih cepat daripada teknik asal menggunakan double boiler ..... Hasilnya lebih kurang sama je. Setelah setengah jam, agak2 dah set buttercream tu, saya deco kek tu menggunakan buttercream (deco main2 je).

No comments: